assalamualaikum...selamat datang Ke Halaman Saliena
Cetusan Rasa Pembuka Bicara
Hi.....terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk melawat halaman web saya yang tak seberapa ini.Mungkin halaman web saya ini tak secantik yang pernah saudara lawati, namun saya amat berharap agar saudara dapat memberi komen atau tunjuk ajar terhadap saya melalui email saya di bawah.Segala tunjuk ajar saudara amatlah saya hargai.Sekiranya saudara mempunyai alamat halaman lain yang boleh saya lawati utusilah saya email....bolehlah kiranya sayabelajar melaluinya....terima kasih!!




Pengenalan Diri Saliena
Nama saya yang sebenar ialah Ismalina Ismail. Saya lebih dikenali sebagai Is di kalangan kawan kawan dan Lina di kalangan keluarga terdekat.Saya dilahirkan pada 1 September tahun 1979 di Kuala Lumpur. Sekarang saya menetap di Kota Bharu.Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab Satu, Kota Bharu.Saya merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Naim Lilbanat, Kota Bharu. Sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan Pelajaran Mara Kuala Lumpur (KYPMKL). Saya mengambil program Francais iaitu antara Accountancy and Business College di Dublin dengan Kolej YPM.Saya mengambil kursus Perakauanan Proffesional di bawah tajaan Mara. Mengikut perjanjian asal saya akan belajar di Malaysia selama tiga tahun untuk diploma perakaunan, dan melanjutkan pelajaran di Dublin di bawah kursus proffesional (ACCA)selama dua tahun. Namun disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia ketika ini, Mara telah mengubah perjanjiannya dan kami terpaksa melanjutkan pelajaran kami selama lima tahun di Malaysia sahaja.Bagi saya ia tidak mendatangkan masalah kerana yang penting bagi saya ialah untuk mendapatkan ilmu.Lagipun saya kurang bersedia untuk hidup di negara orang. Hampir kesemua pensyarah yang mengajar saya merupakan orang Ireland. Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama mereka begitu memahami adat resam masyarakat di Malaysia. Saya tinggal di hostel ketika berada di Kuala Lumpur. Perkara yang saya paling tidak suka semasa berada di Kuala Lumpur ialah tentang masalah ketiadaan air. Saya amat berharap agar pihak berkenaan dapat mengatasi masalah air ini dangan segera kerana ia amatlah menyusahkan bagi kami pelajar pelajar.Saya amat meminati permainan Bowling. Tempat yang biasa saya kunjungi untuk bermain bowling ialah di Leisure Mall, Cheras.Pengalaman yang paling pahit ketika bermain bowling ialah saya telah ditertawakan oleh sekumpulan pondan yang memerhati saya ketika saya bermain bowling. Ia amatlah menyakitkan hati saya dan saya bertekad untuk membaiki mutu permainan saya sejak hari itu. Semasa di rumah hobi saya ialah chatting. Kekadang boring juga sebab asyik berbual ajer...tapi kekadang ia menyeronokkan. Saya selalu kelihatan di channel #kelate dengan nick saliena. Dulu saya lebih dikenali sebagai nick adikcyber, namun disebabkan faktor usia elok kiranya saya mengubah nama saya itu.Saya memilih nama saliena kerana saya amat meminati novel yang dikarang oleh A.SAmad Said iaitu Salina. Untuk itu, jika anda terlihat nama saya di channel #kelate sudi sudikan la untuk menegur saya.




Famili Tersayang
Ayahku bernama Haji Ismail Isa. Asal orang Kelantan dan dilahirkan pada tahun 1936.Beliau merupakan seorang bekas askar dan pernah bertugas di Congo. Setelah bersara dari bertugas sebagai anggota keselamatan, beliau telah berkhidmat pula sebagai Pengawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu selama 13 tahun. Sekarang dia bekerja di salah sebuah syarikat petronas di Pengkalan Chepa.Ibu saya pula bernama Hajjah Khadijah bt Mohd Tahir, merupakan anak kedua dari lima adik beradik. Beliau dilahirkan di Kota Bharu pada tahun 1940. Merupakan bekas guru. Beliau pernah mengajar di beberapa buah negeri seperti Selangor, Johor, dan Kelantan. Sekolah terakhir yang sempat dia berkhidmat ialah di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Garong 2 di Kota Bharu.Sekarang beliau merupakan surirumah sepenuh masa.Abang saya yang sulung lebih dikenali dengan panggilan Yeh di kalangan kami. Nama penuhnya ialah Mohd TajaHarris. Beliau kini berkerja di Kuala Lumpur dan telah pun mempunyai dua orang cahayamata melalui perkahwinannya dengan Zainun Ismail. Mereka berdua kini tinggal di Jinjang Utara, Kuala Lumpur. Abang saya yang kedua merupakan seorang anggota keselamatan yang bertugas di Kota Bharu. Beliau baru sahaja mendiarikan rumahtangga dengan kawan sekuliahnya sendiri iaitu Azlinda. Kami memanggilnya dengan panggilan Yoe atau nama penuhnya ialah Mohd Tajaharull.Beliau kini bergelar Leftenan Mohd TajaHarull. Ahli keluarga saya yang seterusnya ialah kakak saya iaitu Ismaliza.Seorang yang peramah dan happy go lucky. Liza dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1976.Beliau merupakan mahasiswi di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan. Beliau merupakan seorang yang aktif dan dikenali di kalangan teman kampusnya. Dalam setahun dua lagi beliau akan mula mengajar. Adik lelaki saya, Mohd TajaHakim merupakan anggota paling bongsu. Hakim dilahirkan di Kota Bharu pada tahun 1983. Beliau sedang belajar di Sekolah Menengah Sultan Ismail dalam Tingkatan tiga. Beliau amat meminati permainan bola sepak.




Favourite Links

http://www.fortunecity.com/roswell/crowley/226/geweku.html

Email me on:
[email protected]

This page has been visited times.